Wednesday, March 18, 2009

Cina kurang ajar!!!



Video paling kurang ajar!! sial..berani tunjuk muka la cina babi!!

Thursday, March 12, 2009

Pakej rangsangan sedikit terlewat: Anwar

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pakej rangsangan kedua bernilai RM60 bilion yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘sedikit terlewat’.

Menurutnya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sudah mula bercakap mengenai pakej rangsangan ini sejak tahun lepas kerana menganggap isu ekonomi sudah lama menjadi keutamaan negara.

“Kita sudah bercakap mengenai pakej rangsangan ini sejak 5-6 bulan yang lepas, kalau benar kenapa beliau (Najib) tidak bersedia berbincang dan mendengar pandangan ahli-ahli parlimen PR mengenai pakej rangsangan ini.

“Ekonomi masih lagi menjadi keutamaan dan kita harus berunding mengenai isu ini kerana isu ini adalah masalah negara dan Najib sebagai Menteri Kewangan memang ada langkah untuk menangani kemelut ekonomi tetapi pakej rangsangan ini sedikit terlambat.

“Dari segi politik, kita kena hentikan sebarang tindakan politik rakus dan tindakan fitnah dalam media malah kita hendaklah duduk berunding membincangkan masalah negara yang lebih utama, tidak ada masalah,” katanya pada sidang media selepas sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 di lobi Parlimen semalam.

Beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menjelaskan bahawa kelemahan utama dalam pakej rangsangan ini adalah kegagalan kerajaan untuk melihat isu keyakinan rakyat, pelabur domestik dan pelabur antarabangsa sebagai asas kepada pemulihan ekonomi.

“Kita harus memulihkan keyakinan semua pihak seperti yang dikatakan oleh pakar ekonomi sebagai ‘faktor psikologi’, ia adalah satu faktor yang amat penting.

“Buatlah rangsangan RM60 bilion atau sebanyak mana pun, tetapi kalau orang ramai tidak yakin, maka pakej rangsangan ini tiada keupayaan untuk membawa perubahan.

“Sebagai contoh isu tol tidak dinaikkan, itu hanyalah satu tindakan mendapatkan sokongan pengundi untuk kepentingan mereka, tetapi rakyat sudah tahu dan tidak yakin tol benar-benar tidak akan dinaikkan,” katanya.

Selain itu, Anwar turut menegaskan agar agihan pakej rangsangan ini tidak ada sebarang unsur diskriminasi kerana setiap rakyat negara ini mempunyai hak keatasnya.

“Jangan sesekali ada diskriminasi projek-projek yang dilaksanakan dinegeri-negeri dibawah pemerintahan PR,” katanya.

Ditanya mengenai adakah pakej rangsangan ini dikeluarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bertujuan untuk mengambil hati rakyat supaya menyokong mereka, Anwar menjawab, “bajet ini bagi saya tidak ada kena-mengena dengan beberapa isu yang menjelang tiba tetapi ia adalah keperluan negara berhadapan dengan krisis ekonomi yang besar,” katanya.

Tambahnya lagi, PR tidak pernah mempersoalkan keperluan pakej ini pada masa sekarang tetapi PR hanya mempersoalkan mengenai pengurusan dan kemana arah tuju duit ini dibelanjakan nanti.

Terdahulu, pada sesi perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkata, PR sedia bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi negara namun kerajaan sebenarnya perlu terlebih dahulu memulihkan kebuntuan psikologi dan keyakinan rakyat.

Sambil menyifatkan pelawaan Najib semalam supaya kerajaaan dan pembangkang sepakat dalam menangani masalah ekonomi umpama 'menghulurkan ranting zaitun', pelawaan itu tidak ada gunanya jika pada masa yang sama, rakyat 'ditikam' dengan pelbagai tindakan zalim dan ditindas.

"Sekonyong-konyong dalam ucapan semalam, (kerajaan) memberikan ranting zaitun ingin bekerjasama dengan Pakatan Rakyat memulihkan ekonomi negara.

"Kita berikan ranting, kita tikam rakyat...buang mereka dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), lempar fitnah yang keji terhadap mereka, rampas kuasa mereka seperti yang berlaku di Perak kemudian berikan ranting zaitun.

"Orang yang berikan ranting zaitun ini perlu dibaling dengan durian, melainkan ranting itu diberikan secara konsisten," katanya.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah mengumumkan pakej rangsangan kedua berjumlah RM60 bilion sebagai satu langkah berhadapan dengan krisis ekonomi yang semakin mencabar selaras dengan kehendak pasaran dan keperluan negara.

Wednesday, March 11, 2009