Alasan mereka mudah, kerana MCA sudah tidak relevan dan tidak lagi mewakili suara kaum Cina yang majoritinya di kawasan bandar.
Soalan aku adalah, jika MCA tidak bertanding di kawasan majoriti Cina, di mana lagi mereka nak bertanding?
Soalan kedua, kenapa DAP beriya-iya sangat menyarankan MCA tidak bertanding di kawasan ini?
Soalan ketiga, MCA, Gerakan mahupun SUPP boleh dikatakan sudah gagal di kawasan bandar, jadi parti komponen BN mana lagi yang layak bertanding di kawasan ini?
Aku yakin parti komponen BN tidak akan melayan saranan ini, kerana saranan ini amat bodoh dan tidak perlu dilayan, layak dibakul sampahkan. Tapi sekurang-kurang kita kena kaji sikit la.
MCA secara tradisi memang ditugaskan oleh BN untuk bertanding di kawasan bandar. Pada pilihan raya umum lalu, MCA bertanding 31 kawasan tetapi hanya menang 15 kawasan. Kawasan-kawasan yang dimenangi kebanyakkannya adalah kawasan bercampur, bukannya bermajoriti Cina.
Ingin aku mewujudkan senario di mana saranan ini diterima. Senario ini hanyalah pandangan semata-mata. Tidak lebih tidak kurang.
Katakanlah, MCA tidak bertanding di kawasan bandar, kemungkinan besar UMNO terpaksa mengorbankan beberapa kawasan luar bandar lagi kepada MCA demi 'persahabatan', mereka bertukar tempat.
Jika ini terjadi, sudah tentu MCA sekurang-kurangnya boleh menang, seperti dibuktikan pada pilihan raya lalu, undi non-chinese menyelamatkan mereka.
Untuk calon-calon BN di bandar pula, amat menyedihkan, kita semua tahu keputusannya.
Kesimpulannya, selepas pilihan raya, wakil rakyat Cina dari DAP dapat dikekalkan, mungkin bertambah dan wakil rakyat Cina dari BN pula sekurang-kurangnya lebih ramai dari pilihan raya umum lalu.
Jadi, sebenarnya aku nampak saranan ini adalah cara licik DAP untuk menambah wakil rakyat Cina dalam Dewan Rakyat mahupun DUN. Aku tidak rasis, aku cuma melontarkan pandangan terhadap satu-satu isu.
Semoga Presiden BN tidak melayan saranan ini. Kalau UMNO vs Pas kat kawasan bandar ok go!! Heehehehe