Sunday, April 25, 2010

PR mesti menerima hakikat....

Keputusan di Hulu Selangor membuktikan Barisan Nasional (BN) masih diterima rakyat walaupun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkata sebaliknya.

Keputusan ini juga jelas membuktikan politik di Malaysia mula bergerak ke arah perkauman di mana undi Melayu kepada UMNO manakala undi Cina kepada DAP. Undi India pula masih berpecah dua.

kenapa perkara ini terjadi??? isu ini terjadi bukan sekelip mata, begitu banyak isu-isu sepanjang tahun 2009 dan tahun ini telah membuka mata rakyat dan membolehkan mereka mengundi BN sekali lagi selepas kekalahan teruk BN pada 2008 lalu.

Contohnya seperti isu kalimah Allah, isu-isu rakyat, malah UMNO kelihatan bersungguh-sungguh mahu menghapuskan rasuah. Rakyat terpukau sekejap dengan tindakan UMNO, manakala Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan semakin jauh dengan orang Melayu yang sesungguhnya majoriti di negara ini.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, PR harus menerima hakikat bahawa mereka menang kerana undi protes disebabkan kenaikan harga minyak. Fikirlah jika PR tidak mendesak kerajaan menurunkan harga minyak, PR sudah memerintah negara sekarang kerana kerajaan digulingkan oleh rakyat.

Tetapi perkara sebaliknya terjadi, BN terus mendapat mandat memerintah, dan jika ditakdirkan, BN akan memerintah Malaysia untuk 50 tahun lagi.

Tsunami tidak sampai ke Hulu Selangor.....

Sunday, April 18, 2010

Jangan terlalu awal mendabik dada....

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sudah bermula, permulaan kempen kelihatannya amat lancar sekali bagi semua pihak bertanding.

Untuk peringkat awal kempen, perancang strategi Pakatan Rakyat (PR) jangan terlalu berbangga mengatakan ceramah mereka dipenuhi penduduk@Pengundi manakala ceramah Barisan Nasional (BN) kurang mendapat sambutan. Anda silap...

Sepatutnya anda mengkaji dahulu jenis perwatakan penyokong...cuba tanya diri sendiri, penyokong PR dan BN bagaimana orangnya?

Adakah penyokong BN jenis yang suka mendengar ceramah? adakah mereka sanggup datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa pemimpin mereka?

Bagaimana pula dengan penyokong PR? adakah mereka suka dengar ceramah? ya...adakah mereka sanggup datang dari jauh? ya...

jadi jangan terlalu awal mengatakan pihak yang akan menang...datang ke Hulu Selangor...tengok sendiri sentimen penduduk...peace

Tuesday, April 13, 2010

Tsunami di Hulu?


Sah!! Calon Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor adalah Datuk Zaid Ibrahim....ermmm...kenapa PR tetap pilih Zaid? tidakkah PR sedar bahawa Zaid terdedah kepada banyak serangan dari pihak Barisan Nasional?

Mungkinkah PR terlalu yakin dengan Zaid dan menganggap BN atau lebih tepat lagi MIC berdegil mahu meletakkan Timbalan Presidennya, Palanivel? Dari sumber-sumber yang amat boleh dipercayai...kita akan dapat melihat banyak 'rahsia-rahsia' Zaid...heheheehe..apa itu??

Apapun masih terlalu awal untuk meramal..kedua-dua pasti ada sebab tersendiri....

akhir sekali, adakah kita masih boleh melihat tsunami di Hulu Selangor? mungkin tidak kerana Bagan Pinang di tepi laut pun tsunami sudah reda....peace

p/s: kempen elok2 ye...jangan sampai ada yang cedera..