Thursday, January 24, 2013

Hak Warganegara!!


ANDA PEMBACA YANG BERHATI MULIA,

Saya Syamsudin bin Osman ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberi status kewarganegaraan kepada saya. Cuma saya berasa terkilan dan kecewa, mengapa dan kenapa anak saya yang dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada tanggal 14/9/1983 tidak diberikan taraf kewarganegaraannya.

1) Pada umur 12 tahun anak saya di berikan Pemastautin Tetap. Tahun 2003 di tukar kepada Pemastautin Sementara dalam masa sehari dan sehingga kini dia masih memegang taraf Pemastautin Sementara. Sedangkan saya sudah berusaha dan memohon malah usaha saya telah hampir sedekad lamanya tetapi masih tiada hasilnya. Mengapa?

2) Kasihan kepada anak saya kerana sudah hampir 30 tahun ‘menumpang’ di negara tanah tumpah darahnya sendiri sedangkan dia belajar dari kecil sehingga besar malah bekerja sehingga kini tapi mengapa tiada pihak yang memberikan keadilan untuk anak saya?

3) Walaubagaimanapun saya masih terus akan berusaha dan menuntut keadilan serta percaya akan kata kata yang sering dilaungkan oleh PM iaitu dalam slogan 1Malaysia, ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

4) Ada baiknya bangsa Melayu mempertahankan hak untuk bangsa Melayu juga sepertimana yang telah diperjuangkan oleh kaum India untuk bangsanya sendiri melalui myDaftar baru-baru ini.

5) Baru-baru ini juga mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir telah berkata bahawa Warganegara adalah hak untuk setiap individu yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Negara. Apakah anak saya yang di lahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 14 September 1983 tidak layak mendapat taraf kewarganegaraan?

6) Sekiranya masih ada pihak yang prihatin dan ingin memperjuangkan hak dan nasib anak saya, hubungi saya di talian 016-3175614.

Yang Benar,
Syamsudin bin Osman
570116-71-5193

Wednesday, January 2, 2013

Amanat Haji Hadi, Harapanku

Aku bermimpi dan benar-benar berharap, pada malam forum penjelasan Amanat Haji Hadi diadakan nanti, Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang berkata,

"Saya, Abdul Hadi Awang, mengakui pernah mengeluarkan Amanat Haji Hadi 31 tahun lepas, dan dengan ikhlas menarik semula amanat tersebut dan meminta maaf kepada seluruh ahli UMNO yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Dan ucapan sebegini haruslah disambut dengan pemimpin UMNO dengan tangan terbuka. Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah memberi respons dengan segera dengan berkata,

"Saya Presiden UMNO, mewakili jutaan ahli yang masih hidup dan telah meninggalkan kita semua menerima permintaan maaf dari Presiden Pas dengan ikhlas, sesungguhnya kita semua saudara seagama"

Nescaya, aku yakin, seluruh negara malah di seluruh dunia, Melayu Islam akan terus berubah selama-lamanya. Aku percaya umat Islam di negara kita terus digeruni dan pasti mematahkan gerakan licik musuh 1000 tahun ke belakang!!

Peristiwa ini akan dikenang selama-lamanya.

Tuesday, October 23, 2012

Jordan hari ke-3

Catatan:

Aku hari ini tidak ada banyak aktiviti selepas kejadian bas kami dilempar batu di kem pelarian za'tari di daerah al mafraq semalam.

Hanya sebelah petang, kami pergi ke ladang ternak kambing di kampung Al Nusseir di pinggir Amman.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim dan duta Datuk Abdul Malek Abd Aziz sempat melihat dan membeli 191 ekor kambing sempena Korban Perdana Jumaat ini.

Esok, pasukan kedua misi terdiri dari 13 doktor, sukarelawan dan media tiba.

Monday, October 22, 2012

Jordan Hari ke-2

Catatan:

Aku dan seluruh pasukan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tiba di kem pelarian Za'tari di daerah Al-Mafraq.

Kedatangan kami pada awalnya disambut dengan senyuman kerana mereka tahu Malaysia tiba dengan membawa bantuan kepada mereka.

Namun, selepas beberapa ketika, beberapa pelarian Syria mula menunjukkan isyarat kayu dan batu. Kami berasa pelik.

Selepas itu, beberapa pelarian datang dan memarahi kami kerana menuduh kami penyokong bashar al assad kerana membawa bendera kerajaan Syria sekarang. Mereka mahukan bendera pembebasan Syria yang baru.

Maka berlaku sedikit kekecohan. Pegawai kedutaan dan KP1M cuba menenangkan keadaan, namun mereka tetap memarahi kami.

Beberapa butir batu terkena bas, mujurlah cermin tidak pecah.

Kami segera keluar dari kem dan menukar strategi. Segala barang bantuan yang ada bendera Syria akan dikeluarkan. Kami cuma ada kira-kira 8 jam.

Ketika menulis artikel ini, saya dalam perjalanan dari Al Mafraq ke Amman.

Sunday, October 21, 2012

Jordan Hari 1

Catatan:

Selepas makan tengahari di tengah-tengah ibu kota Amman, Jordan, aku sempat berborak dengan petugas kedutaan Malaysia yang mengiringi kami dari Kelab Putera 1Malaysia sepanjang berada di sini.

Petugas ini bernama Ahmad rakyat Jordan berketurunan Palestin.

Tiba-tiba aku bertanya berkenaan Arab Spring yang semakin ganas sekarang terutamanya di Syria.

Lantas dia berkata, "at all cost, you must prevent Arab Spring from coming to you country, it is not Arab Spring but Arab fall!"

Lantas dia menambah, Malaysia harus menjadikan Arab spring sebagai pengajaran kerana ia adalah penjajahan corak baru yang didalangi Yahudi dan Amerika Syarikat.

Aku yang semakin berminat bertanya, apa bukti campur tangan asing? Dia senyum kat aku.

Dia memberi contoh pencerobohan Afghanistan dan Iraq, walaupun Barat berjaya, namun matlamat utama iaitu menghuru-harakan umat Islam masih gagal.

Lebih mendalam, sambil menyuruh aku membaca buku matlamat Zionis, dia berkata dengan menghasut dari dalam adalah lebih berbahaya dari serangan luar.

Umpama api dalam sekam, negara-negara Arab hanya menunggu masa sahaja ditumbangkan kerana kesilapan pemerintah sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 20, 2012

Jordan Hari 1

Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia

Hari pertama, tiba kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan. Terus angkat kotak bantuan yang dibawa bersama.

Yang paling tak best Lapangan Terbang Queen Alia ni tandasnye kecik!!! Ada 5 lubang je. Dah la yang beratur panjang. Pastu takde paip! Ada tisu je. Caittt!!!
Kami seramai 23 orang tinggal di Hotel Al-fanar. Hotelnya ok.

Pastu kami semua berehat kejap sebelum ada sidang media Presiden Kelab, Datuk Abd Azeez Rahim.

Makan tengahari kat kedai beriani. Mak datuk nasiknye banyak gilee. Kat malaysia makan 3 orang.

Pastu dalam kul 5 ptg waktu tempatan kami dijadual melawat syarikat yang membekalkan barangan bantuan.

Nanti aku update dari masa ke semasa.

Wednesday, October 10, 2012

Aku miskin

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...".

Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"