Wednesday, January 2, 2013

Amanat Haji Hadi, Harapanku

Aku bermimpi dan benar-benar berharap, pada malam forum penjelasan Amanat Haji Hadi diadakan nanti, Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang berkata,

"Saya, Abdul Hadi Awang, mengakui pernah mengeluarkan Amanat Haji Hadi 31 tahun lepas, dan dengan ikhlas menarik semula amanat tersebut dan meminta maaf kepada seluruh ahli UMNO yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Dan ucapan sebegini haruslah disambut dengan pemimpin UMNO dengan tangan terbuka. Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah memberi respons dengan segera dengan berkata,

"Saya Presiden UMNO, mewakili jutaan ahli yang masih hidup dan telah meninggalkan kita semua menerima permintaan maaf dari Presiden Pas dengan ikhlas, sesungguhnya kita semua saudara seagama"

Nescaya, aku yakin, seluruh negara malah di seluruh dunia, Melayu Islam akan terus berubah selama-lamanya. Aku percaya umat Islam di negara kita terus digeruni dan pasti mematahkan gerakan licik musuh 1000 tahun ke belakang!!

Peristiwa ini akan dikenang selama-lamanya.

Tuesday, October 23, 2012

Jordan hari ke-3

Catatan:

Aku hari ini tidak ada banyak aktiviti selepas kejadian bas kami dilempar batu di kem pelarian za'tari di daerah al mafraq semalam.

Hanya sebelah petang, kami pergi ke ladang ternak kambing di kampung Al Nusseir di pinggir Amman.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim dan duta Datuk Abdul Malek Abd Aziz sempat melihat dan membeli 191 ekor kambing sempena Korban Perdana Jumaat ini.

Esok, pasukan kedua misi terdiri dari 13 doktor, sukarelawan dan media tiba.

Monday, October 22, 2012

Jordan Hari ke-2

Catatan:

Aku dan seluruh pasukan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tiba di kem pelarian Za'tari di daerah Al-Mafraq.

Kedatangan kami pada awalnya disambut dengan senyuman kerana mereka tahu Malaysia tiba dengan membawa bantuan kepada mereka.

Namun, selepas beberapa ketika, beberapa pelarian Syria mula menunjukkan isyarat kayu dan batu. Kami berasa pelik.

Selepas itu, beberapa pelarian datang dan memarahi kami kerana menuduh kami penyokong bashar al assad kerana membawa bendera kerajaan Syria sekarang. Mereka mahukan bendera pembebasan Syria yang baru.

Maka berlaku sedikit kekecohan. Pegawai kedutaan dan KP1M cuba menenangkan keadaan, namun mereka tetap memarahi kami.

Beberapa butir batu terkena bas, mujurlah cermin tidak pecah.

Kami segera keluar dari kem dan menukar strategi. Segala barang bantuan yang ada bendera Syria akan dikeluarkan. Kami cuma ada kira-kira 8 jam.

Ketika menulis artikel ini, saya dalam perjalanan dari Al Mafraq ke Amman.