Saturday, December 12, 2020

Apa yang kita boleh buat dengan RM1 bilion?


Apabila kita menyebut angka satu bilion, mungkin ada di antara kita tidak mengetahui berapa banyak 0 di belakang satunya. Kepada yang tahu tahniah, kepada yang tidak tahu, satu billion mempunyai sembilan 0 atau 1,000,000,000! Saya terfikir, oleh kerana hari ini kita sering mendengar perkataan bilion, jadi apakah yang kita boleh buat dengan jumlah RM1 bilion ini? Mari kita berimaginasi. Sebagai permulaan, jika saya mempunyai RM1 bilion dan mengeluarkan RM100 setiap hari, saya memerlukan 27,397 tahun baru habis! href="https://www.blogger.com/#">
Cuma satu sahaja kita tidak boleh beli walaupun mempunyai duit berbilion-bilion ringgit iaitu hidup kekal abadi. Tidak kiralah macamanapun, ajal tetap menjelma. Apa yang pasti, perjalanan saya untuk sampai ke angka RM1 bilion sudah kabur. Saya hanya mampu berangan!

Friday, November 27, 2015

Lahad Datu, perang yang makin dilupakan

MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN

Insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013 akan kekal dalam sejarah negara, kerana pencerobohan ini adalah yang pertama kali dilakukan secara ketenteraan oleh pasukan yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Sulu bagi merampas Sabah dari Malaysia.

Insiden ini amat unik kerana ramai pakar-pakar pertahanan dunia menggelarnya sebagai ‘bizzare incursion’ di mana sebuah pasukan pengganas yang kecil secara terbuka dan berani mengistiharkan perang ke atas sebuah negara lain. Ia tidak pernah berlaku di mana-mana pun!

Pada tempoh Februari hingga Jun 2013, ribuan penduduk di pantai timur Sabah terutamanya di Semporna dan Tanjung Labian terkesan akibat dari operasi ketenteraan untuk menghalau tentera Sulu di bawah Jeneral Agimuddin Kiram dari tanah berdaulat Sabah.

Beratus-ratus rumah dan harta benda musnah, tidak lupa juga kehilangan nyawa yang tinggi pada kedua-dua pihak. Pasukan keselamatan kita kehilangan 10 anggota dan berpuluh lagi cedera. Ia sudah pasti meninggalkan kesan psikologi mendalam kepada mangsa yang terlibat.

Dalam tempoh tersebut, penulis ditugaskan oleh Sinar Harian untuk membuat liputan di sekitar pantai timur Sabah. Penulis secara ‘first hand’ menyingkap sendiri perasaan penduduk kampung yang ketakutan, sedih dan marah terhadap pasukan pengganas Kiram.

Di Felda Sahabat, beberapa hari sebelum Ops Daulat dilaksanakan, ratusan penduduk dari gugusan Felda dan kampung-kampung berdekatan mula membanjiri dewan-dewan dan balai raya bagi melarikan diri. Kanak-kanak dan bayi dipeluk erat ibu bapa mereka. Tangan anak kecil digenggam kemas. Ramai menangis. Satu pemandangan yang tidak pernah dijangka boleh dilihat di Malaysia sejak berakhirnya zaman komunis.

Orang-orang tua pula terpaksa ditinggalkan di kampung, dengan alasan mereka tiada kenderaan ataupun tidak cukup ruang dalam kereta. Nyawa ibu bapa, datuk dan nenek mereka diserahkan bulat-bulat kepada takdir. Ramai juga yang cekal membawa ibu bapa mereka yang lumpuh menggunakan kereta sorong sehingga sejauh 10KM.

Ada yang menangis merayu supaya kami selamatkan keluarga mereka, kami tidak mampu melakukan apa-apa, kami cuma mampu berdoa.

Pagi 5 Mac 2013, Angkatan Tentera Malaysia dengan dibantu jet-jet pejuang F-18 Hornet dan Hawk TUDM mula menggempur kedudukan tentera Kiram di Kampung Tanduo dalam Ops Daulat. Tembakan bertubi-tubi mortar diselang seli bunyi mesin gun berat dari kereta perisai mula kedengaran. Ratusan pasukan infantri mula masuk bagi melakukan operasi ‘mopping’. Penduduk sekitar mula gelisah, mereka tidak keruan memikirkan harta benda yang ditinggalkan, paling gusar, nyawa insan tersayang yang masih terperangkap di kawasan zon merah.

Seminggu selepas operasi sekitar Kampung Tanduo, tentera mula melakukan mopping di sekitar kawasan kepungan bagi memastikan tiada seorang pun tentera pengganas Kiram terlepas. Di sini terutamanya Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian tidak terlepas dari kemusnahan.

Penduduk mula dibenarkan balik

Selepas kawasan merah diistiharkan selamat, pasukan keselamatan mula membenarkan penduduk balik bagi mengenal pasti jumlah kemusnahan dan kerugian. Penulis berpeluang bersama penduduk kampung buat pertama kali melihat sendiri rumah mereka.
Add caption

Huraidah Urit dan suaminya, Yaacob Rajah menangis melihat keadaan rumahnya yang hancur akibat pertempuran.
Penulis masih ingat dengan jelas, pada awal April 2013, kira-kira 100 ketua keluarga dibenarkan masuk ke kampung terkejut apabila menyaksikan sendiri kehancuran harta benda kesan dari pertempuran.

Sejurus tiba di pintu masuk kampung, ramai di kalangan mereka tidak mampu menahan sebak dan menangis kerana hasil titik peluh puluhan tahun musnah sekelip mata. Malah ada juga yang tidak mampu berkata-kata dan kaku di hadapan rumah mereka yang hancur dibedil kerana dijadikan kubu oleh pengganas Kiram. Ada yang hampir pengsan.

Perasaan marah mereka membuak-buak. Kemarahan mereka kepada tentera pengganas Kiram tidak dapat dibendung lagi.
Penulis melihat sendiri peluru M203 aktif yang ditemui penduduk Kampung Tanjung Batu.

Lebih dasyat lagi, ribuan kelongsong peluru bertaburan di sepanjang jalan kampung. Malah penduduk menjumpai grenad yang masih hidup. Nyawa penduduk terutamanya kanak-kanak masih dalam bahaya.

Tiada satu rumahpun yang terlepas dari kesan tembakan termasuklah Surau An Nur di Kampung Tanjung Batu.

Tidak berhenti di situ, penduduk masih takut kerana memikirkan pengkhianat di kalangan orang kampung sendiri. Ada yang mengaku akan dibunuh kalau mereka bermalam di rumah mereka. Ia menambah kesengsaraan penduduk.

Jangan beri muka

Baru-baru ini, negara digemparkan apabila seorang pemimpin sanggup bergambar dengan anak dalang penyerang Lahad Datu. Walau apapun alasan diberikan, pemimpin ini secara logiknya tidak boleh bergambar ‘selfie’ penuh mesra, siap bawa poster dan tunjukkan kepada dunia.

Ya, semua orang tidak sempurna, mungkin dia terlupa, namun tindakan pemimpin ini tidak boleh diterima sama sekali. Jika gambar itu hanya gambar bersalam, semua orang boleh terima kerana mereka berjumpa dalam satu majlis, tidak molek pula jika kita tidak sambut salam orang lain, tapi tidaklah hingga boleh menyebabkan ramai pihak tersinggung. Ia adalah pengajaran kepada kita semua. 









Friday, October 9, 2015

Red Alert 2

Assalamualaikum

sudah lama aku tak update blog aku ni. dah bertahun!

Aku nak cerita satu perkara kali ini iaitu pasal pc game atau bahasa Melayunya permainan komputer.
Aku pertama kali memegang komputer ni pada usia 12 tahun. Waktu tu kat Wisma Saberkas, Kuching ada pameran. Itulah masanya pertama kali aku sentuh keyboard, wah kagumnya!!!

Perasaan nak beli ada, tapi apakan daya, aku hanya senyapkan diri. Aku tahu ayahku takkan mampu memenuhi permintaan tu.

Perasaan nak komputer tu tak pernah padam. Pada tahun 1998, lebih tepat masa tingkatan dua, kawan baik aku ngan adik kembar aku namanya Amad beli komputer. Kami kembar pun selalu lepak rumah dia sebab teruja.

Kami tertarik dengan satu game iaitu Red Alert 2!!

Game ni game strategi. Kami kagum kerana game ni waktu tu boleh dikatakan melangkaui zaman. Dengan tenteranya yang unlimited cap, tank macam-macam jenis, dan gaya serangan yang pelbagai benar-benar memenuhi jiwa gamers kami.

Sebelum ada game ni, aku dulu selalu lukis askar berperang atas kertas besar. Aku sanggup beli kertas manila besar, pastu lekatkan sampai 3. Kat atas kertas tu la aku lukis tentera berperang dengan askar-askar kecik bayangan aku.

Kembali ke cerita Red Alert 2, pada tahun 2000, kakak sulung ku akhirnya membeli komputer kepada aku ngan adik kembar. Kami amat seronok! Terima kasih yang tidak terhingga kepada kak Na!

Game pertama yang kami install adalah Red Alert 2!

Disitulah bermulanya aku mengenal dunia IT. Waktu tu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan program satu rumah satu komputer.

Aku mula kenal bahagian-bahagian dalam komputer hingga aku boleh bina komputer sendiri.

Semakin aku menguasai dunia komputer, semakin tu gak aku makin hebat dengan game Red Alert 2.
Game ni benar-benar seiring dengan pengetahuan ku dalam bidang ni.

Red Alert 2 adalah game yang benar-benar sebati dengan jiwa.

Bagaimanapun pembina game ni, Westwood sudahpun tidak wujud sejak lama, mereka bankrap dan dibeli oleh EA Games walaupun game ni antara game terhebat sepanjang zaman.

Untuk lebih satu dekad semua player dunia senyap sunyi.

Akhirnya tahun ni, satu server mula naik, Game ni masuk dalam list Origin. Player Red Alert 2 gembira! Aku pun apa lagi terus la install.

Bila dapat main online, bertemu dengan player-player terbaik dunia, aku benar-benar teruja. Setakat ni aku boleh kalahkan player ranking 158 dunia! Aku pun cuba untuk menempatkan diri dalam kalangan ranking 100 ke atas. Fuh!

Terima kasih kepada Dustin Browder, kamu telah mencipta game terbaik bagi aku!

Friday, May 29, 2015

Lama tinggalkan blog

Last aku updated blog ni selepas aku balik cover perang kat Lahad Datu.

Nantikan penulisan lebih bertenaga dari aku. Isusanaisusini!

Saturday, April 6, 2013

Misi Kumpulan 2 berakhir, giliran Kumpulan 3 masuk ke Lahad Datu

Berakhirlah sudah misi aku membuat liputan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu untuk Sinar Harian.

Misi ini adalah antara tugasan yang paling mencabar sepanjang 5 tahun aku menceburkan diri menjadi wartawan.

Mengimbas kembali misi ini, aku berpeluang menyaksikan sendiri kepayahan penduduk dan pasukan keselamatan mengharungi peperangan 'skala kecil' ini.

Terlalu banyak cerita, setiap keluarga mempunyai cerita menarik tersendiri. Apa yang penting adalah kebolehan wartawan mengorek berita.

Ada beberapa peristiwa yang akan melekat dalam minda aku untuk selama-lamanya.

Pertama, pandangan pertama memasuki Zon Merah di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian. Rumah hancur dan dipenuhi kesan tembakan.

Kedua, membantu penduduk melihat rumah mereka buat pertama kali. Ada yang gembira kerana rumah terselamat. Ada yang menangis meronta-ronta melihat rumah hancur.


Ketiga, aku bersama penduduk menjumpai peluru grenad M203 aktif.

Keempat, melihat sendiri kitab suci al-Quran terselamat walaupun surau dan rumah penuh kesan peluru dan bom.

Kelima, aku menjumpai baju pengganas Sulu. Penuh kesan tembakan tetapi tiada kesan darah.

Keenam, menjejaki laluan yang dilalui 200 penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna ditawan seorang pengganas. Akhirnya pengganas itu dibunuh ketika meminum air di bawah pokok nangka.

Aku bersama Timbalan Editor Kelantan, Zulkhairil Zainuddin akhirnya selesai melaksanakan misi ini selepas kumpulan pertama, Timbalan Editor Utara, Mohd Fazli Zainul Abidin dan wartawan, Nurul Riduan Ashaha berjaya melaksanakannya.

Selepas ini giliran kumpulan ketiga masuk ke Zon Konflik Lahad Datu, kepada pembaca Sinar Harian, nantikan laporan yang lebih mendalam dan tepat!

Saturday, March 30, 2013

Op Daulat, pengalaman ku

Keamanan negara yang dikecapi hari ini boleh dimusnahkan pada bila-bila masa, sekelip mata jika rakyat tidak bersungguh-sungguh mempertahankannya.

Jangan sesekali meletakkan tugas menjaga kedaulatan negara di bahu pasukan keselamatan negara sahaja, kita semua yang bernaung di bawah panji Malaysia harus mempunyai peranan.

Itulah pengajaran paling berguna yang aku perolehi apabila berpeluang memasuki dua kampung yang menjadi saksi pertempuran antara pengganas Sulu dan pasukan tentera.

Menjejaki kesan pertempuran di jalan Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu, berpuluh ribu kelongsong-kelongsong M16, GPMG, grenad dan pelbagai jenis kelongsong lain memenuhi jalan.

Aku terbayang, apakah yang terjadi di kawasan ini, bagaimana jenis pertempuran yang dihadapi oleh perwira-perwira negara?

Terus bayangan filem hollywood bermain di fikiran seperti filem Blackhawk Down, Jarhead dan filem perang lain.

Boom! Boom! Boom! Kebaboom! Boom!

Kita cuma boleh bayangkan, tetapi perasaan sebenar hanya boleh dirasai bila berada dalam situasi itu.
Aku hanya melihat kesan pertempuran di depan mata. Ia hanya boleh disebut KESAN. Kesan itu tetap kesan.

Menoleh ke arah penduduk kampung, aku boleh merasai sedikit perasaan penduduk yang bercampur baur, ada gembira kerana rumah terselamat dan ada yang menangis kerana rumah mereka hanya tinggal tiang.

Apakan tidak, titik peluh keringat tulang empat kerat mereka dimusnahkan sekelip mata.

Sudah pasti penduduk terutama berpangkat ketua keluarga berfikir di mana mahu cari wang untuk bermula semula. Semua kita tahu, untuk memulakan sesuatu adalah perkara yang paling sukar. Rata-rata mereka sudah berumur, jadi adakah mereka akan berputus asa atau tidak, masih adakah masa lagi untuk mereka?

Menyelusuri lebih dalam, kesan tembakan berada di setiap rumah, tiada satu rumah pun yang terlepas. Kesan berlubang ada yang besar, ada yang kecik. Ada juga kesan peluru berasal dari sudut yang sukar, umpama menembak dari atas atau ke bawah.


Memeriksa dari satu rumah ke satu rumah, bau busuk bangkai mula memasuki hidung aku. Baunya makin lama makin kuat. Terus aku terbayang keadaan mayat-mayat pengganas Sulu terbaring.

Di sinilah beberapa pengganas Sulu disahkan terbunuh. Aku terus memeriksa, mahu tahu lebih lanjut.
Aku memberanikan diri, ketika aku semakin mara ke depan, seorang anggota polis yang berasal sama negeri dengan aku menyapa.

"Pok, boh berani gilak piya, kamek tauk apa nak dicarik kitak ya,"

Aku tersengih dan berpatah balik.

Aku melihat banyak bangkai anjing di kedua-dua kampung ini. Aku rasa hairan, aku terus bertanya dengan seorang anggota tentera yang juga satu negeri dengan aku.

"Salam pok, kamek mok tanyak skit, kenak bangkey asuk belobo gilak situk ko?"

Tentera itu menjawab, "Kitak mok tauk kah? Mun kamek cerita mesti kitak sik cayak juak"

Apabila dia berkata begitu, perasaan ingin tahu melonjak naik. "Aih, cerita jak ngan kamek, mok juak tauk."

Tentera itu pun bercerita, "aoklah kamek cerita, camtuk, masa kamekorang bertembak ngan dak Sulu ya, kamekorang yakin dah dapat, tapi kamek orang eran bila ada dak Sulu ya tiba-tiba nembak dari blakang, duhal tek orang ya rah depan.

"Alula kamek orang ingat, ada asuk melimpas kamekorang, rupa asuk ya nang pelik, tapi sik lalek, bila kes ya alula semua asuk ditembak kamekorang,"

Aku terdiam, tidak boleh berkata apa-apa, di antara percaya atau tidak. Tapi bila aku tanya orang lain, jawapan sama dikeluarkan.

Sah, kita sebenarnya berperang dengan Syaitan.

Masih tidak berpuas hati, aku terus bertanya dengan ramai pasukan keselamatan negara, semuanya mempunyai versi yang sama.

Semuanya berkata, tentera Sulu amat kebal, cara membunuh mereka hanyalah menembak tepat di kepala. Tentera yang ditugaskan di Lahad Datu bercakap, "kami berperang dengan zombie, otak hancur baru mati."

Ada juga yang bercerita, ada seorang tentera Sulu ditembak bertalu-talu sehingga pakaiannya tertanggal dan badannya berasap, tetapi masih boleh bangun dan melarikan diri.

Apa yang lebih menarik, 5 anggota wanita tentera Sulu yang menyertai pencerobohan ini sebenarnya adalah pasukan penembak tepat.

Ketika kaum lelaki bertempur di hadapan, penembak tepat atau sniper tentera wanita Sulu ini akan mencari sasarannya.

Mereka juga dikatakan kebal.

Namun sekebal-kebal tentera Sulu, mereka terlupa atau tidak boleh mengkebalkan perut mereka. Mereka perlukan makanan dalam kuantiti yang banyak.

Menyedari kelemahan mereka, seluruh kawasan zon merah dikepung dan penduduk kampung dipindahkan.
Hasilnya, selepas 14 hari bertempur, seorang demi seorang tentera Sulu menyerah diri kerana kehauasan dan kelaparan.

Akhir kata, kejadian di Lahad Datu perlu dijadikan iktibar kepada seluruh negara. Jangan disangka laut Sulu yang tenang tiada pengganas Sulu.

Keamanan negara perlu dipertahankan buat selama-lamanya!

Thursday, February 7, 2013

Kisah Benar di Kampung Pening Lalat

Hobi ketua kampung adalah memelihara
burung..

Pada suatu hari kesemua burungnya
hilang .. Oleh kerana ketua kampung
tersangat marah , dia mengumpulkan
penduduk kampung .. Hampir 200
penduduk datang ke balai raya ..

Ketua kampung : Siapa ada Burung ?
Semua lelaki yang hadir terus berdiri ..
Ketua kampung sedar yang cara dia
bertanya salah ..

Ketua kampung : Bukan burung itu maksud saya .. Siapa pernah nampak burung?
Semua wanita berdiri . Ketua kampung
bertambah marah ..

Ketua Kampung : Maksud saya , siapa
pernah nampak burung yang bukan
miliknya ?
Setengah wanita berdiri .. Ketua kampung semakin gugup ..

Ketua kampung : maaf skali lagi .. Maksud saya adalah , siapa pernah tengok burung
saya?
5 orang wanita berdiri .. Ketua kampung
segera lari lintang pukang kerana dikejar oleh isterinya ..
*Nama Ketua Kampung dirahsiakan*

Wednesday, February 6, 2013

Malaysian Arab Spring

Mungkinkah Arab Spring terjadi di negara Malaysia yang kita cintai??

Ramai yang beranggapan Arab Spring boleh terjadi dan tidak kurang juga sebalik. Bagi aku, Arab Spring boleh berlaku tetapi tidak akan berjaya. Kenapa aku kata macamtu? Meh sini aku luahkan pandangan 20 sen aku.

Pertama, sebab rakyat Malaysia hidup dalam aman sentosa. Tiada huru hara, tiada bencana alam dan rakyat bebas bergerak. Aku yakin rakyat kita tidak akan merosakkan perkara ini.

Kedua, Arab Spring digerakkan oleh golongan muda. Ini point yang menarik, di Malaysia, lihat kanan-kiri anda, apa yang golongan muda lakukan?

Berdasarkan pengalaman aku membuat liputan demonstrasi besar seperti Hindraf, Gerakan Mansuh ISA, PPSMI, Bersih, Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat, golongan muda Malaysia masih tidak 'seberani' pemuda Arab. Ia kerana pemuda kita ada banyak perkara yang mahu dilakukan dalam hidup.

Pemuda kita masih bijak berfikir, kebanyakkan mereka menyertai demonstrasi ini kerana faktor 'suka-suka'. Tiba-tiba aku terfikir, nak buat ala-ala Tahrir kat Dataran Merdeka camne? jam 7pm nak dating, jam 10pm nak tengok bola? pastu ada rancangan tv nak tengok.

Senang cerita, Arab Spring boleh sampai, tetapi pasti tidak akan berjaya!!!

Thursday, January 24, 2013

Hak Warganegara!!


ANDA PEMBACA YANG BERHATI MULIA,

Saya Syamsudin bin Osman ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberi status kewarganegaraan kepada saya. Cuma saya berasa terkilan dan kecewa, mengapa dan kenapa anak saya yang dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada tanggal 14/9/1983 tidak diberikan taraf kewarganegaraannya.

1) Pada umur 12 tahun anak saya di berikan Pemastautin Tetap. Tahun 2003 di tukar kepada Pemastautin Sementara dalam masa sehari dan sehingga kini dia masih memegang taraf Pemastautin Sementara. Sedangkan saya sudah berusaha dan memohon malah usaha saya telah hampir sedekad lamanya tetapi masih tiada hasilnya. Mengapa?

2) Kasihan kepada anak saya kerana sudah hampir 30 tahun ‘menumpang’ di negara tanah tumpah darahnya sendiri sedangkan dia belajar dari kecil sehingga besar malah bekerja sehingga kini tapi mengapa tiada pihak yang memberikan keadilan untuk anak saya?

3) Walaubagaimanapun saya masih terus akan berusaha dan menuntut keadilan serta percaya akan kata kata yang sering dilaungkan oleh PM iaitu dalam slogan 1Malaysia, ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

4) Ada baiknya bangsa Melayu mempertahankan hak untuk bangsa Melayu juga sepertimana yang telah diperjuangkan oleh kaum India untuk bangsanya sendiri melalui myDaftar baru-baru ini.

5) Baru-baru ini juga mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir telah berkata bahawa Warganegara adalah hak untuk setiap individu yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Negara. Apakah anak saya yang di lahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 14 September 1983 tidak layak mendapat taraf kewarganegaraan?

6) Sekiranya masih ada pihak yang prihatin dan ingin memperjuangkan hak dan nasib anak saya, hubungi saya di talian 016-3175614.

Yang Benar,
Syamsudin bin Osman
570116-71-5193

Wednesday, January 2, 2013

Amanat Haji Hadi, Harapanku

Aku bermimpi dan benar-benar berharap, pada malam forum penjelasan Amanat Haji Hadi diadakan nanti, Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang berkata,

"Saya, Abdul Hadi Awang, mengakui pernah mengeluarkan Amanat Haji Hadi 31 tahun lepas, dan dengan ikhlas menarik semula amanat tersebut dan meminta maaf kepada seluruh ahli UMNO yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Dan ucapan sebegini haruslah disambut dengan pemimpin UMNO dengan tangan terbuka. Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah memberi respons dengan segera dengan berkata,

"Saya Presiden UMNO, mewakili jutaan ahli yang masih hidup dan telah meninggalkan kita semua menerima permintaan maaf dari Presiden Pas dengan ikhlas, sesungguhnya kita semua saudara seagama"

Nescaya, aku yakin, seluruh negara malah di seluruh dunia, Melayu Islam akan terus berubah selama-lamanya. Aku percaya umat Islam di negara kita terus digeruni dan pasti mematahkan gerakan licik musuh 1000 tahun ke belakang!!

Peristiwa ini akan dikenang selama-lamanya.

Tuesday, October 23, 2012

Jordan hari ke-3

Catatan:

Aku hari ini tidak ada banyak aktiviti selepas kejadian bas kami dilempar batu di kem pelarian za'tari di daerah al mafraq semalam.

Hanya sebelah petang, kami pergi ke ladang ternak kambing di kampung Al Nusseir di pinggir Amman.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim dan duta Datuk Abdul Malek Abd Aziz sempat melihat dan membeli 191 ekor kambing sempena Korban Perdana Jumaat ini.

Esok, pasukan kedua misi terdiri dari 13 doktor, sukarelawan dan media tiba.

Monday, October 22, 2012

Jordan Hari ke-2

Catatan:

Aku dan seluruh pasukan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tiba di kem pelarian Za'tari di daerah Al-Mafraq.

Kedatangan kami pada awalnya disambut dengan senyuman kerana mereka tahu Malaysia tiba dengan membawa bantuan kepada mereka.

Namun, selepas beberapa ketika, beberapa pelarian Syria mula menunjukkan isyarat kayu dan batu. Kami berasa pelik.

Selepas itu, beberapa pelarian datang dan memarahi kami kerana menuduh kami penyokong bashar al assad kerana membawa bendera kerajaan Syria sekarang. Mereka mahukan bendera pembebasan Syria yang baru.

Maka berlaku sedikit kekecohan. Pegawai kedutaan dan KP1M cuba menenangkan keadaan, namun mereka tetap memarahi kami.

Beberapa butir batu terkena bas, mujurlah cermin tidak pecah.

Kami segera keluar dari kem dan menukar strategi. Segala barang bantuan yang ada bendera Syria akan dikeluarkan. Kami cuma ada kira-kira 8 jam.

Ketika menulis artikel ini, saya dalam perjalanan dari Al Mafraq ke Amman.

Sunday, October 21, 2012

Jordan Hari 1

Catatan:

Selepas makan tengahari di tengah-tengah ibu kota Amman, Jordan, aku sempat berborak dengan petugas kedutaan Malaysia yang mengiringi kami dari Kelab Putera 1Malaysia sepanjang berada di sini.

Petugas ini bernama Ahmad rakyat Jordan berketurunan Palestin.

Tiba-tiba aku bertanya berkenaan Arab Spring yang semakin ganas sekarang terutamanya di Syria.

Lantas dia berkata, "at all cost, you must prevent Arab Spring from coming to you country, it is not Arab Spring but Arab fall!"

Lantas dia menambah, Malaysia harus menjadikan Arab spring sebagai pengajaran kerana ia adalah penjajahan corak baru yang didalangi Yahudi dan Amerika Syarikat.

Aku yang semakin berminat bertanya, apa bukti campur tangan asing? Dia senyum kat aku.

Dia memberi contoh pencerobohan Afghanistan dan Iraq, walaupun Barat berjaya, namun matlamat utama iaitu menghuru-harakan umat Islam masih gagal.

Lebih mendalam, sambil menyuruh aku membaca buku matlamat Zionis, dia berkata dengan menghasut dari dalam adalah lebih berbahaya dari serangan luar.

Umpama api dalam sekam, negara-negara Arab hanya menunggu masa sahaja ditumbangkan kerana kesilapan pemerintah sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 20, 2012

Jordan Hari 1

Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia

Hari pertama, tiba kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan. Terus angkat kotak bantuan yang dibawa bersama.

Yang paling tak best Lapangan Terbang Queen Alia ni tandasnye kecik!!! Ada 5 lubang je. Dah la yang beratur panjang. Pastu takde paip! Ada tisu je. Caittt!!!
Kami seramai 23 orang tinggal di Hotel Al-fanar. Hotelnya ok.

Pastu kami semua berehat kejap sebelum ada sidang media Presiden Kelab, Datuk Abd Azeez Rahim.

Makan tengahari kat kedai beriani. Mak datuk nasiknye banyak gilee. Kat malaysia makan 3 orang.

Pastu dalam kul 5 ptg waktu tempatan kami dijadual melawat syarikat yang membekalkan barangan bantuan.

Nanti aku update dari masa ke semasa.

Wednesday, October 10, 2012

Aku miskin

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...".

Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"

Thursday, October 4, 2012

Piramid Melayu

Benarkah dalam dunia Nusantara terdapat struktur Piramid seperti didakwa beberapa pihak? Malah ada yang mengatakan piramid ini lebih tua dari piramid Giza di Mesir. Setelah saya mengkaji dan mendapatkan maklumat dari beberapa individu tertentu, topik Piramid Melayu ini tidak boleh dipandang kosong.

Di Indonesia, beberapa media sudahpun melaporkan beberapa struktur piramid seperti gunung Sudahurip dan gunung Lalakon. Namun media di Malaysia masih menyepi dalam soal ini. Mungkinkah saya sebagai pengamal media harus mengkaji dan membongkar misteri ini?

Mungkin dakwaan piramid ini ada asasnya. Dari maklumat seorang Prof arkeologi (nama dirahsiakan) dari sebuah IPTA yang bertanggungjawab menggali beberapa tapak sejarah terkenal, beliau enggan mengulas lanjut tetapi memberi soalan semula kepada saya. Soalannya:

"Cuba kamu fikir, kerajaan Nabi Sulaiman as memperoleh bekalan emas bagi membuat istana dari mana? sedangkan kita tahu di kawasan Timur Tengah tiada atau sedikit sahaja galian emas."

Malah kata-katanya menjadi satu persoalan.

Jadi, jika benar struktur piramid ini dijumpai dan terbukti lebih tua dan lebih besar dari piramid-piramid lain di dunia, maka sejarah dunia perlu diubah. Soalan saya semula, bersediakah orang MELAYU?


Sunday, September 9, 2012

Kerana Sim Kad

Cerita bermula pada satu pagi yang damai lagi mendamaikan..Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba-tiba satu sms berbunyi di meja makan. Barulah si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah. Ayah membaca sms yg dikirim oleh seseorang yg tak bernama. Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

"hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu2 tau. Terus terang, baby x boleh lupakan saat-saat manis bersama malam dulu. Enak sekali! Oh ye, malam ni line clear, sayang blh datang kerumah baby… tak sabar nk tunggu sayang"

Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya..

"Cuba ko tgk sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!" 
Ibu seakan-akan tak percaya… Dia hampir pengsan membaca sms itu.

Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya.

"ko nak ke mana malam ni?"

"kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat"

"lalu apa maksud sms ni?" si ayah membentak.

"lar… Ni kan sim kad ayah… Hp ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukar kan sebab nk tunggu sms penting?" 
jawab anaknya selamba.

si ayah lari… Ibu pulak mengejar dgn penyapu… haha

Thursday, September 6, 2012

Beri keterangan

Hari ini sekali lagi aku memberi keterangan kepada pihak polis di IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Kes kali ini melibatkan insiden kibarkan bendera baru dan pijak gambar pemimpin pada himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada ambang Hari Merdeka lalu.

Muahahahaha!!!

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga raya ini memberi kebahagiaan kepada kita

Sunday, August 12, 2012

LOKASI PERANGKAP HAD LAJU SEMPENA ADILFITRI 2012 PLUS

Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 –Km 249 (Persimpangan Seremban –Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 –Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

Selamat hari raya guys! Hati2 memandu di musim perayaan ini!