sudah tiba masa yang ditunggu2 oleh seluruh rakyat Malaysia. tarikh 16hb september menjadi tarikh keramat ataupun tarikh yang ditulis atas batu nisan.
bagi pemimpin2 BN, tarikh ini umpama mimpi ngeri yang patut dijauhi, bagi pemimpin pakatan rakyat pula tarikh ini adalah tarikh yang ditunggu2 untuk membolehkan mereka merasa kehebatan duduk diputrajaya.
apapun tarikh ini pasti akan berlalu dan menyebabkan sama ada BN atau PR yang tersungkur. dari sudut PR, mereka sudah pasti melakukan sedaya upaya untuk membolehkan tarikh ini menjadi kenyataan, kalau tidak PR akan dipandang penipu oleh kebanyakan rakyat.
bagi BN yang memang memegang tampuk pemerintahan kuasa, tarikh ini perlu disekat dan jika tersilap rakyat pula akan melihat mereka tidak demokratik, tiada kebebasan suara dan autokratik.
bila tarikh ini menjelma, rakyat boleh menilai sejauh mana kebenarannya, sesungguhnya rakyat malaysia bukan bodoh, rakyat malaysia sudah muak dan pasti tidak mudah ditipu lagi. rakyat malaysia yang waras hendakkan semua kaum mampu bekerjasama dan pasti kita tidak mahu lagi melawati masa silam kita yang hitam.
bagaimana DSAI yang selalu mengutuk dan melaung-laungkan BN selalu rasuah tetapi dia pulak merasuah ahli2 BN untuk melompat parti? di sini kita mampu melihat bagaimana seorang pemimpin yang tidak ikhlas pasti akan tersungkur. bak kata pepatah melayu, 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.'
Monday, September 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment