aku yakin tajuk ini saja boleh membuatkan rakyat malaysia menjadi takut dan keliru kerana sebut saja pengganas, benda pertama yang akan muncul di kepala kita adalah bayangan 5 orang lelaki membawa al-qur'an, 3 laras AK-47 dan 2 parang panjang serta seorang tebusan yang menunggu masa disembelih.
memang di negara2 timur tengah, sentimen anti barat amat menebal dikalangan rakyat mereka, mereka amat mementingkan survival bangsa masing2, apatah lagi bila mana afghanistan dan iraq telah diceroboh US dan konco2nya membuatkan lagi sentimen kebencian kepada barat membuak-buak di hati setiap warga arab.
maka segelintir umat islam yang terlalu fanatik serta taksub dengan perjuangan mereka telah menunjukkan tindakan mereka menggunakan medium ini untuk menggetarkan seluruh umat manusia didunia ini.
oleh kerana segelintir kecil umat islam yang menjadi pengganas, seluruh umat islam telah dilabelkan serupa dan menambah kebencian bukan islam kepada islam. media2 barat begitu licik, dan dengan perancangan yang sempurna telah melancarkan perang virtual kepada umat islam iaitu perang minda yang sudah tentunya didominasi oleh golongan barat.
di kawasan nusantara pula, kaum melayu juga tidak ketinggalan merasakan tempias simpati serta keinginan untuk membantu saudara sesama islam menentang pencerobohan barat. maka kita sendiri dengar banyak gerakan2 islam menjurus ke arah ini terutamanya yang paling terkenal adalah Jemaah Islamiyah ataupun di Malaysia digelar Kumpulan Militan Malaysia (KMM).
tetapi sentimen anti barat di nusantara tidak begitu hebat seperti di timur tengah kerana melayu di kawasan ini lebih bersikap terbuka serta mempunyai adat resam menyambut tetamu dengan baik. perkara ini diserlahkan lagi dengan kedatangan beribu2 pelancong barat ke kawasan nusantara. hampir kesemua yang datang merasakan mereka begitu selamat dan dilayan dengan baik oleh warga tempatan.
ini tidak termasuk melayu di selatan thai dan selatan pilipin yang ditindas dengan teruk dan ditidakkan hak untuk bersuara sehingga tiada suara mereka kedengaran di peringkat tertinggi negara. hanya sejak kebelakangan ini apabila kumpulan melayu ini meminta bantuan dari luar supaya menekan kerajaan mereka barulah kita dapat dengar suara mereka dibawa ke atas. ini telah menunjukkan perkembangan positif dan aku yakin pada suatu hari, hak2 mereka didengari juga.
di malaysia, kaum2 terutamanya kaum cina dan india tidak perlu bimbang dengan kemungkinan melayu menjadi pengganas. majoriti melayu malaysia sendiri tidak menyokong perjuangan pengganas ini yang semestinya tidak kemana. sebagai contoh, kumpulan al-maunah, pasukan keselamatan yang majoritinya melayu sendiri bersungguh2 memusnahkan mereka kerana kita sendiri tidak menyokong mereka.
sesungguhnya kaum bukan melayu usah bimbang kerana melayu di malaysia masih mempunyai kewarasan yang tinggi dan percayalah melayu di malaysia yakin dengan ketaatan kaum cina dan india kepada negara.
jadi tolonglah kepada cina dan india malaysia, jangan hakiskan kepercayaan kaum melayu kepada kamu semua, sesungguhnya kita sama2 rakyat malaysia.
Saturday, September 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment