Saturday, September 13, 2008

Second Blackhawk Down!!

sesungguhnya saya begitu kesian dengan nasib 65 rakyat malaysia yang ditawan oleh lanun2 somalia. pada bulan ramadhan ini, simpati seluruh rakyat malaysia makin menebal kepada keluarga2 mereka yang terlibat. semoga mereka tempuhi dengan tabah.

65 orang ini merupakan jumlah yang besar, bagaimana kita hendak menyelamatkan mereka dengan peralatan2 kita yang terhad? saya bukan hendak mempersoalkan kebolehan ATM, saya begitu berbangga negara kita mempunyai angkatan tentera yang cukup disegani seluruh dunia.

tapi dari segi 'worst case scenario' tentera kita berhadapan dengan beratus2 militia somalia yang lengkap bersenjata malah mempunyai senjata2 berat. disini kita pasti akan menghadapi tentangan yang begitu hebat.

dalam operasi menyelamat, masa adalah musuh yang paling ketat, setiap gerakan hendaklah di kordinasi secara tepat untuk melengkapkan operasi ini nanti. disini kita hendaklah berhati2 kerana silap sedikit sahaja sudah pasti ramai nyawa tebusan akan melayang.

menyorot kembali siapakah militia2 somalia ini, kita semua sedia maklum negara ini merupakan 'no man's land' yang mana kerajaan pusat somalia hanya beroperasi dalam bandar moghadishu sahaja. pejuang2 somalia ini juga sudah menyaksikan perang sejak kecil lagi. malah sudah pasti ada dikalangan mereka adalah saki baki militia farah aidid dahulu.

dalam senario operasi menyelamat, kita hendaklah mempunyai 'real time strategy' untuk benar2 memastikan kedudukan unit2 dan elemen perang kita. belum lagi dicampur sekiranya lanun2 ini menempatkan tebusan kita berterabur di suluruh bandar Eyl tersebut. dimana kita hendak cari? radar kita mampu ke tidak untuk melaksanakan misi ini? elemen perisikan kita mampu ke tidak untuk menembusi benteng pertahanan pak2 itam ini.

sebagai penyelesaian, sekiranya rundingan ini gagal, kita harus juga meminta bantuan negara2 lain terutamanya NATO dan Liga Arab untuk menjayakan misi yang amat merbahaya ini.

seperti kata panglima angkatan tentera tan sri abdul aziz zainal semasa sidang media di wisma pertahanan sempena ulang tahun ke-75 ATM, "kita tidak akan melancarkan sebarang misi sekiranya kita tidak yakin," dengan itu saya percaya, seluruh rakyat malaysia menaruh harapan tinggi kepada ATM untuk membuktikan mereka berjaya menjalankan misi ini dan menunjukkan ATM adalah sebuah pasukan keselamatan yang patut disegani di seluruh dunia.

Selamat hari jadi ke-75 kepada seluruh warga ATM!!! Jasamu tetap dikenang!

No comments: