Disebabkan niat jahat pihak tertentu setelah memenangi kemenangan di PRU12, dan PRK Permatang Pauh dan baru merasa sedikit kuasa, kini mereka begitu lantang hingga terdapat media tertentu berani memutarbelitkan kebenaran kenyataan seseorang dijadikan isu perkauman.
Tiada sesiapa menyoalkan kewarganegaraan mereka, hak mereka dan perlembagaan pun tidak menafikan mereka hak. Persoalannya, mengapa mereka malu dengan sejarah asal usul sebagai kaum pendatang?
Sejarah itu jelas mereka bukan penduduk asli di sini dan adalah asal usul pendatang. Mereka bukan berasal dari alam budaya sini, malah masih mengekalkan cara hidup, cocoon kelompok sesama, pendidikan dan bahasa dari alam budaya asing.
Hakikatnya, pendatang haram Indonesia lebih bersesuaian dengan alam budaya negara ini. Mereka lebih mudah assimilasi dengan budaya negara ini.Adakah ini pendirian malu atau angkuh?
Aku hanya teringat kata-kata Lee Kuan Yew dalam Parlimen Malaysia pada tahun 1964 mempersoalkan Melayu sebagai kaum asal dan menyatakan orang asli sahaja yang kaum asal di Malaysia?
Mungkin sedap kalau ditanya siapa pula penduduk asal Singapura dan Pulau Pinang? Ornag Cina?
Bunyinya rasis tetapi kebenaran tidak boleh dilakarkan sebagai rasis. Memutarbelit untuk melabel seseorang sebagai rasis untuk rasis.
Nyatakan kebenaran kerana dalam kebenaran itu hakikat dan penyelesaian kepada permasaalahan. Aku menyokong pendirian yang telah ditunjukkan oleh Dato Ahmad Ismail, ketua Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang.
Mengapa perlu Presiden UMNO memaksa meminta maaf sesuatu yang tidak benar? Mengapa Timbalan Presiden bersikap pengecut dan apologis? Syabas Dato, kerana berani mempertahankan maruah Melayu dan UMNO.
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment