seperti yang kita tahu, iraq sekarang umpama negara padang jarak padang terkukur. ini kerana serangan US dengan konco2nya bertali arus menghentam rakyat iraq yang tidak berdosa. disamping itu puak2 bertelagah di iraq memburukkan lagi keadaan dengan menambah luka parah yang sedia ada dalam.
sebut saja iraq, pasti ramai penduduk bumi akan mula membayangkan muka saddam hussein, pemimpin yang pernah membawa iraq ke pentas dunia dari berbagai segi satu masa dulu. selain membawa kehancuran kepada negara babylon ini.
dari sudut sejarah, terdapat banyak sumber2 US, diplomat, perisikan telah menyebut saddam berhubung dengan CIA yang pada masa itu di bawah john F. Kennedy. presiden US ini juga telah menolong saddam merampas kuasa pada 1963.
pada waktu ini US menolong saddam kerana saddam dilihat sebagai anti komunis pada tahun 1960an dan 1970an. dikatakan perhubungan pertama saddam dengan CIA bermula pada 1959 bila dia adalah sebahagian dari pasukan 6 orang yang ditugaskan oleh US untuk menggulingkan perdana menteri iraq pada waktu itu Abdul Karim Qassim.
disini kita dapat kaitkan bagaimana seorang yang pro US tetapi bila tugasnya sudah selesai US telah melancarkan perang dan menuduh saddam dengan berbagai2 tuduhan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) contohnya telah mewujudkan banyak spekulasi hubungan beliau dengan US. tidak ada seorang pun rakyat malaysia mendapat layanan sebegini dari US malah ketika beliau melawat US 12 tahun dulu, beliau mendapat sambutan karpet merah dan tembakan meriam 21 das. umpama seorang wira dari kaca mata US.
sebelum kita mengandaikan DSAI adalah ejen CIA, kita kena kaji juga kenapa US hendakkan malaysia? dari sudut fizikan negara kita, semua sudah sedia maklum, negara kita terletak di tengah2 asia tenggara disamping kita juga mengawal selat paling panjang didunia iaitu selat melaka.
dari konteks lain pula, negara kita ini boleh dikatakan negara islam termaju dalam dunia. sudah semestinya pemimpin2 US yang anti islam melihat ini sebagai ancaman baru dari dunia islam kerana malaysia terkeluar dari kawasan timur tengah.
orang2 yahudi juga pasti sudah memasang mata dan telinga terhadap negara kita ini. sudah semestinya mereka mengira jika mereka membiarkan negara kita maju tanpa diusik, kita nanti pasti datang ke mereka membela nasib sesama islam disana.
untuk melaksanakan tugas2 licik US dan yahudi ini, orang yang paling sesuai sudah semestinya anwar kerana anwar mempunyai hubungan rapat dengan US. saya bukan hendak menuduh DSAI ini ejen CIA, ramai lagi ejen CIA di malaysia tapi kita boleh melihat sejarah berapa ramai revolusianist ini merupakan talam dua muka.
yang pasti sejarah pasti berulang.
Saturday, September 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment